Berita palsu kematian seorang warga Bangladesh punca rusuhan di Little India Singapura. Menerusi laporan rasmi, kematian Sakthivel Kumaravelu warga India adalah punca utama tercetusnya rusuhan di Little India Singapura dan bukannya akibat kematian warga Bangladesh seperti yang dilaporkan sebelum ini. Menerusi laporan awal, seorang warga Bangladesh telah dilaporkan maut dilanggar sebuah bas di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire dan mencetuskan rusuhan tersebut. Hakikatnya mangsa yang maut merupakan pekerja asing warganegara India yang bekerja di sektor pembinaan di Syarikat Heng Hup Soon. Rusuhan tersebut berlaku pada jam 9.30 Malam 8 Disember 2013 sebaik sahaja insiden seorang warga India dilanggar bas hingga terbunuh. Seramai 400 pekerja asing dari asia selatan terlibat dalam rusuhan dan menggemparkan rakyat Singapura.
Biodata Mangsa Terbunuh Di Langgar Bas Di Singapura
Nama Penuh: Sakthivel Kumaravelu
Warganegara: India
Pekerjaan: Pekerja pembinaan di syarikat Heng Hup Soon.
Umur: 33 Tahun
Status: Maut Dilanggar Bas
Laporan Rasmi Punca Rusuhan Di Singapura 8 Disember 2013
Lelaki berusia 33 tahun yang meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya di Little India semalam, telah dikenal pasti sebagai Sakthivel Kumaravelu. Lelaki warganegara India itu merupakan pekerja pembinaan di sebuah syarikat bernama Heng Hup Soon. Kemalangan tersebut telah mencetuskan kemarahan pekerja asing yang telah melanggar sahabat mereka hingga terbunuh. Seramai 400 warga asing terlibat dalam rusuhan tersebut dan 27 pekerja telah ditahan atas tuduhan merusuh, yang mana boleh kesalahan tersebut boleh dihukum penjara 7 tahun termasuk dirotan.
Sekurang-kurangnya lima kenderaan termasuk tiga kereta polis telah dibakar. Situasi genting berjaya dikawal oleh pasukan komando elit yang tiba di tempat kejadian.
Gambar Rusuhan Pekerja Asing Di Singapura 8 Disember 2013
Sumber:
0 komentar:
Posting Komentar