
KEMUNCULAN produk perubatan atas nama Islam dilihat semakin bertambah sejak akhir-akhir ini. Produk berkenaan terdiri daripada air minuman, minyak urut mahupun makanan tamabahan semuanya bercirikan Islam.
Bagi produk air minuman biasanya mesti air-air ini sudah dibacakan dengan 30 juzuk ayat-ayat suci Al-Quran atau pun dibaca doa-doa pilihan.
Ada yang dilihat menggunakan bahan-bahan yang mencurigakan seperti sarang anai-anai, kulat susu harimau, air embun di setiap malam Jumaat dan banyak lagi bahan-bahan pelik dimasukkan ke dalam produk-produk sebegini.
Kali ini sebuah produk dikenali Air 3P GAU dikesan berada di pasaran dikongsikan seorang pengguna Twitter FdausAhmad. pada Selasa yang juga Hari Raya Aidiladha.
Ia juga seperti produk yang mengambil kesempatan atas nama Islam untuk dijual demi untuk mendapat keuntungan. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk ini lagi dahsyat.
Antara bahan-bahannya ialah :-
- Air dari 313 Masjid di Nusantara
- Tujuh kali khatam Al-Quran
- 1001 bacaan setiap satu, Al-Fatihah, Surah Yassin, Selawat Syifa’, Ayat Kursi, Solat Hajat dan Doa Penerang Hati.
- 750,000 kali Ayat 4
- 480,000 Bismillah pada bulan Ramadhan.
- Air Penawar yang diajar Jibrail kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Kalau dilihat, hendak mengambil bahan-bahannya sahaja sudah menelan kos belanja yang tinggi. Bayangkanlah hendak mengambil air dari 313 buah masjid. Kemudian, 480,000 kali dibaca Bismillah, kalau bukan bulan Ramadhan bagaimana hendak dapatkan bahan itu.
Oleh : KUMBANG WIRA
0 komentar:
Posting Komentar